Daisypath Vacation tickers

Saturday, July 9, 2016

Bosan

"pluck! ... "
"pluck! ..."
"pluck! .."
Ia kedengaran seperti bunyi air yang menitis. Tapi malang seribu kali malang. Ia tidak sperti yang ku fikirkan. Aku mengintai-intai ke dalam bilik Izat melalui bukaan kecil di pintu biliknya. Bunyi itu terhasil dari bulu ketiak yang di cabutnya. Sungguh menyayat hati. Air mata mata mengalir di pipinya menahan keperitan itu. Mungkin itu kali pertama dia mencabut bulu ketiak. Tapi bukan bagi ku, Jumlah bulu ketiak yang dicabutku tidak terkira nilainya. Aktiviti ini bermula ketika sahabatku membuat simulasi mencabut bulu ketiak di hadapan ku.

Beberapa tahun lalu

"Emmm EHHHHAA!!" bunyi yang di buat oleh Rayid ketika mencabut bulu ketiaknya di hadapanku.
"Tak sakit ke sial?" aku bertanya dengan musykil. Walaupun ketika itu aku rasa perlakuan itu amat menyakitkan, tetapi perasaan teruja juga mucul dalam diriku. Aku berasa iri hati dengan Rasyid kerana mukanya kelihatan amat puas. Sejak hari itu aku bertekad untuk mencabut bulu ketiak.

Pada suatu hari di dalam bilik yang samar-samar, aku buka baju sekolah ku lalu duduk di bucu katil. Aku sangat stress pada hari itu sebab terlalu banyak kerja sekolahku pada hari itu. Untuk menghilangkan stress, aku mengangkat kedua tanganku ke atas dan menggeliat untuk beberapa ketika. Kepala ku dipusingkan ke kiri dan ke kanan untuk beberapa kali sambil menutup mata. Aku berhenti seketika lalu membuka mata dengan perlahan. Aku amat terkejut apabila melihat bulu ketiak ku yang tidak sekata. Ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Aku mencapai baju Tshirt yang berekatan da terus memakainya supaya aku dapat melupakan pasal bulu ketiak ku itu. Tapi ia tak semudah itu. Bulu-bulu ketiak ku berpusing-pusing di pemikiranku. Tambahan pula, aku baru perasan yang beberapa helai bulu ketiakku terkeluar daripada lengan baju ku. Tiba-tiba air mata jatuh di pipiku. Baru ku sedar mengapa selama ini aku takde awek, mereka semua perasan yang bulu ketiak ku terkeluar.

Pada waktu itu, aku tekad untuk mencabut bulu ketiak ku menggunakan tangan.
"Pluck!"
Satu bulu ketiak sudahku cabut, tetapi perasaan ini masih belum puas. Lalu cabut bulu yang kedua. Aku mulai ketagih. Aku memberanikan dengan menggenggam sejumlah bilangan bulu ketiak yang agak besar. Dengan bacaan bismillah aku menarik nya sekuat hati.
"ZAAPPPPEEESHREEEE" bunyi bulu ketiak ku di cabut.
Mashaallah. Perasaan apakah ini? Aku merasa sangat bahagia. Aku rasa hidupku sudah cukup indah tanpa kehadiran kekasih.Aku melihat jumlah bulu ketiakku yang telah di cabut. Ia merupakan satu kejayaan bagi ku. 15 helai dalam satu masa.  Airmata kegembiraan mula mencurah-curah.

Sejak itu, hobi ku ialah mencabut bulu ketiak tak kira masa dan tempat. Jika di dalam kelas, aku menyeluk tanganku ke dasar ketiak dengan perlahan-lahan. Muka serius dan acah-acah faham di kekalkan. Setelah sampai, seluruh tubuh badanku di keraskan. Jari jemari ku mencapai sejumlah bulu ketiak yang dikehendaki. "ZZZUUUPPP!!" dengan sepantas kilat aku mencabut bulu-bulu tersebut lalu ditaburkan ke tanah. Rest in peace my friends.

Begitu lah kisah ku dan bulu ketiak.
Terima kasih bye.


1 comment:

About Me