Daisypath Vacation tickers

Wednesday, June 29, 2016

ça fait longtemps

Baca tajuk je dah pelik kan? Apakah ini? Adakah ini mimpi atau realiti?

Jangan risau, ini sindrom biasa bagi sesiapa  sahaja yang melihat ayat ini buat kali pertama.
Apakah maksud ayat tersebut?
Ia bermaksud kau hodoh lagi bodoh.
K tipu je.

Sudah sekian lama. Itulah maksud perkatan perancis tersebut.

Yeah da lama aku tak menaip dalam blog ni.
First sebab aku busy. cehhhh
Second, sapa je baca sial?! hahaha

Pi mampuih ada orang baca ke tak, aku nak tulis gak.

Dah setahun lebih dah rasanya sejak post terakhir aku rasanya.
Banyak benda yang dah berlaku sebenarnya, kau je yang tak tahu? Sebab apa? Sebab kau tak follow Instagram aku. Dah dah cepat follow aku. Ig : zulhilmizairee
Terima kasih.

Tak habis lagi, lek lu. Aku pishang ni.
Untuk pengetahuan anda semua, setahun lebih yang lalu aku telah berangkat ke Perancis untuk meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar.
Macam tak percayakan? Zulhilmi fly doh. Gile babeng.
Nampak macam dah berjaya kan? Nampak je la.

Berada di negara orang telah membuka mata aku sebab dulu kat Malaysia aku selalu tido. So banyak tutup mata.
Awal-awal memang seronok, tapi bila dah lama-lama, rasa macam dah bosan.
BHAHAHA gila apa bosan, oversea kot.
Tak bosan pun. Kat sini, setiap kali ada cuti mesti pergi berjalan. Siapa yang plan? Siapa lagi kalau bukan abang Sem. Sem tu aku untuk pengethuan semua.
Dah la dekat Europe, orang gila je yang tak nak berjalan bila dah sampai sini.

Setakat ni tempat yang aku dah pergi, France tu memang la, Istanbul, London, Brussels, and Amsterdam. Banyak lagi ni tak pergi sebenarnya.
Best memang la best. Tapi duit pun mengalir dengan tenang je.

Nak tengok gambar-gambar berjalan?
Jawab lah sia.

Malas ah, gamba banyak kat phone la.

Takkan aku nak cerita semua benda kan? Macam takde keje je. Kalau nak aku cite boleh la pm saya melalui facebook, twitter mahupun Instagram. kuikuikui Nampak sngt takda orang yang pernah pm.
Aku tak sedih pun. Kau jangan salah paham. Aku ok. Aku kuat. Aku dah 21 tahun. Birthday aku dah lepas eh? hahahha

Dulu Nampak orang yang dah 21 tahun mesti rasa macam diorang suma dah besar sehh. Dah dewasa lah sehh. Tapi bila aku yang 21 tahun.



krik krik




Hahhaha rasa biasa je. Takde la rasa besar mana pun. Rasa macam budak2 lagi. Jap. Patut lah takde girlfriend hahahahha.
Tu la pasal. Aku kena start berubah dah ni slow2. orang lain 21 dah kahwin da. Ada yang dah naik limosin lagi. Ek eleh limosin je kot. Aku naik kapal terbang, lagi panjang. boooo
Rasanya dah boleh dah start carik jodoh. Macam mana nak cari? Shake wechat la HAHAHAHA.
Entah la. Aku pun buntu. Kawan perempuan dah la tak ramai. Pemalu lah katakana kuikuikui.
Tapi ada la minat kat seorang wanita ni tapi dah lama dah. Tapi tiada kekuatan dalam diri ini untuk memberitahu isi hati ini akibat gangguan daripada anasir2 luar yang tidak dijangka. Jadi, apa aku buat? Buat homework la sebab time tu aku ada banyak homework.

Panjang jugaklah yang aku dah tulis sebenarnya, ada orang yang baca ke tak pun aku tak tahu.
Takpalah, anggap lah ini sebagai sedekah di bulan puasa.

Nak sambung lagi tak?
Peh takde orang jawab.

Kbye



Gmabar di awal ketibaan ku di Perancis dan setelah setahun di sana


Walaupun rambut ku berubah, tapi hati ku tidak pernah berubah
HAHAHAHAHANJING

No comments:

About Me