Daisypath Vacation tickers

Saturday, July 9, 2016

Bosan

"pluck! ... "
"pluck! ..."
"pluck! .."
Ia kedengaran seperti bunyi air yang menitis. Tapi malang seribu kali malang. Ia tidak sperti yang ku fikirkan. Aku mengintai-intai ke dalam bilik Izat melalui bukaan kecil di pintu biliknya. Bunyi itu terhasil dari bulu ketiak yang di cabutnya. Sungguh menyayat hati. Air mata mata mengalir di pipinya menahan keperitan itu. Mungkin itu kali pertama dia mencabut bulu ketiak. Tapi bukan bagi ku, Jumlah bulu ketiak yang dicabutku tidak terkira nilainya. Aktiviti ini bermula ketika sahabatku membuat simulasi mencabut bulu ketiak di hadapan ku.

Beberapa tahun lalu

"Emmm EHHHHAA!!" bunyi yang di buat oleh Rayid ketika mencabut bulu ketiaknya di hadapanku.
"Tak sakit ke sial?" aku bertanya dengan musykil. Walaupun ketika itu aku rasa perlakuan itu amat menyakitkan, tetapi perasaan teruja juga mucul dalam diriku. Aku berasa iri hati dengan Rasyid kerana mukanya kelihatan amat puas. Sejak hari itu aku bertekad untuk mencabut bulu ketiak.

Pada suatu hari di dalam bilik yang samar-samar, aku buka baju sekolah ku lalu duduk di bucu katil. Aku sangat stress pada hari itu sebab terlalu banyak kerja sekolahku pada hari itu. Untuk menghilangkan stress, aku mengangkat kedua tanganku ke atas dan menggeliat untuk beberapa ketika. Kepala ku dipusingkan ke kiri dan ke kanan untuk beberapa kali sambil menutup mata. Aku berhenti seketika lalu membuka mata dengan perlahan. Aku amat terkejut apabila melihat bulu ketiak ku yang tidak sekata. Ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Aku mencapai baju Tshirt yang berekatan da terus memakainya supaya aku dapat melupakan pasal bulu ketiak ku itu. Tapi ia tak semudah itu. Bulu-bulu ketiak ku berpusing-pusing di pemikiranku. Tambahan pula, aku baru perasan yang beberapa helai bulu ketiakku terkeluar daripada lengan baju ku. Tiba-tiba air mata jatuh di pipiku. Baru ku sedar mengapa selama ini aku takde awek, mereka semua perasan yang bulu ketiak ku terkeluar.

Pada waktu itu, aku tekad untuk mencabut bulu ketiak ku menggunakan tangan.
"Pluck!"
Satu bulu ketiak sudahku cabut, tetapi perasaan ini masih belum puas. Lalu cabut bulu yang kedua. Aku mulai ketagih. Aku memberanikan dengan menggenggam sejumlah bilangan bulu ketiak yang agak besar. Dengan bacaan bismillah aku menarik nya sekuat hati.
"ZAAPPPPEEESHREEEE" bunyi bulu ketiak ku di cabut.
Mashaallah. Perasaan apakah ini? Aku merasa sangat bahagia. Aku rasa hidupku sudah cukup indah tanpa kehadiran kekasih.Aku melihat jumlah bulu ketiakku yang telah di cabut. Ia merupakan satu kejayaan bagi ku. 15 helai dalam satu masa.  Airmata kegembiraan mula mencurah-curah.

Sejak itu, hobi ku ialah mencabut bulu ketiak tak kira masa dan tempat. Jika di dalam kelas, aku menyeluk tanganku ke dasar ketiak dengan perlahan-lahan. Muka serius dan acah-acah faham di kekalkan. Setelah sampai, seluruh tubuh badanku di keraskan. Jari jemari ku mencapai sejumlah bulu ketiak yang dikehendaki. "ZZZUUUPPP!!" dengan sepantas kilat aku mencabut bulu-bulu tersebut lalu ditaburkan ke tanah. Rest in peace my friends.

Begitu lah kisah ku dan bulu ketiak.
Terima kasih bye.


Wednesday, June 29, 2016

ça fait longtemps

Baca tajuk je dah pelik kan? Apakah ini? Adakah ini mimpi atau realiti?

Jangan risau, ini sindrom biasa bagi sesiapa  sahaja yang melihat ayat ini buat kali pertama.
Apakah maksud ayat tersebut?
Ia bermaksud kau hodoh lagi bodoh.
K tipu je.

Sudah sekian lama. Itulah maksud perkatan perancis tersebut.

Yeah da lama aku tak menaip dalam blog ni.
First sebab aku busy. cehhhh
Second, sapa je baca sial?! hahaha

Pi mampuih ada orang baca ke tak, aku nak tulis gak.

Dah setahun lebih dah rasanya sejak post terakhir aku rasanya.
Banyak benda yang dah berlaku sebenarnya, kau je yang tak tahu? Sebab apa? Sebab kau tak follow Instagram aku. Dah dah cepat follow aku. Ig : zulhilmizairee
Terima kasih.

Tak habis lagi, lek lu. Aku pishang ni.
Untuk pengetahuan anda semua, setahun lebih yang lalu aku telah berangkat ke Perancis untuk meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar.
Macam tak percayakan? Zulhilmi fly doh. Gile babeng.
Nampak macam dah berjaya kan? Nampak je la.

Berada di negara orang telah membuka mata aku sebab dulu kat Malaysia aku selalu tido. So banyak tutup mata.
Awal-awal memang seronok, tapi bila dah lama-lama, rasa macam dah bosan.
BHAHAHA gila apa bosan, oversea kot.
Tak bosan pun. Kat sini, setiap kali ada cuti mesti pergi berjalan. Siapa yang plan? Siapa lagi kalau bukan abang Sem. Sem tu aku untuk pengethuan semua.
Dah la dekat Europe, orang gila je yang tak nak berjalan bila dah sampai sini.

Setakat ni tempat yang aku dah pergi, France tu memang la, Istanbul, London, Brussels, and Amsterdam. Banyak lagi ni tak pergi sebenarnya.
Best memang la best. Tapi duit pun mengalir dengan tenang je.

Nak tengok gambar-gambar berjalan?
Jawab lah sia.

Malas ah, gamba banyak kat phone la.

Takkan aku nak cerita semua benda kan? Macam takde keje je. Kalau nak aku cite boleh la pm saya melalui facebook, twitter mahupun Instagram. kuikuikui Nampak sngt takda orang yang pernah pm.
Aku tak sedih pun. Kau jangan salah paham. Aku ok. Aku kuat. Aku dah 21 tahun. Birthday aku dah lepas eh? hahahha

Dulu Nampak orang yang dah 21 tahun mesti rasa macam diorang suma dah besar sehh. Dah dewasa lah sehh. Tapi bila aku yang 21 tahun.



krik krik




Hahhaha rasa biasa je. Takde la rasa besar mana pun. Rasa macam budak2 lagi. Jap. Patut lah takde girlfriend hahahahha.
Tu la pasal. Aku kena start berubah dah ni slow2. orang lain 21 dah kahwin da. Ada yang dah naik limosin lagi. Ek eleh limosin je kot. Aku naik kapal terbang, lagi panjang. boooo
Rasanya dah boleh dah start carik jodoh. Macam mana nak cari? Shake wechat la HAHAHAHA.
Entah la. Aku pun buntu. Kawan perempuan dah la tak ramai. Pemalu lah katakana kuikuikui.
Tapi ada la minat kat seorang wanita ni tapi dah lama dah. Tapi tiada kekuatan dalam diri ini untuk memberitahu isi hati ini akibat gangguan daripada anasir2 luar yang tidak dijangka. Jadi, apa aku buat? Buat homework la sebab time tu aku ada banyak homework.

Panjang jugaklah yang aku dah tulis sebenarnya, ada orang yang baca ke tak pun aku tak tahu.
Takpalah, anggap lah ini sebagai sedekah di bulan puasa.

Nak sambung lagi tak?
Peh takde orang jawab.

Kbye



Gmabar di awal ketibaan ku di Perancis dan setelah setahun di sana


Walaupun rambut ku berubah, tapi hati ku tidak pernah berubah
HAHAHAHAHANJING

Wednesday, December 31, 2014

20 tahun

Pehhhhhh.. dah nak 20 tahun siak
hari ni rase cam nak throwback zaman remaja dulu
dah dewasa la katekan. selalu dah dewasa ni rindu zaman muda muda dulu.
nak tau ape yang membuatkan aku nampak dewasa?

NINDIAAA BHAHAHAHA
pehhhh ni memang sambung dengan bulu dada terus ni
dengan memakai cincin je terus nampak dewasa.
serius. tak tipu.
tapi malangnya. janggut ku masih x kelihat. hari hari aku belai mengharapkan sesuatu berlaku.
namun ia tak semudah itu, mungkin aku kena pakai minyak janggut tok sheikh hahahah















Orang kata bila umur dah 20 tahun ni dah takde dah cinta cinta monyet.
bodoh la. kalau monyet tak bercinta pupus la monyet kat bumi ni.
k tak lawak.

aku tak reti cerite pasal cinta cinta ni.
yang aku tau cinta adalah apabila seorang perempuan berjalan menuruni tangga sambil memeluk buku di kawasan universiti. kemudian seorang lelaki sedang bergegas menaiki tangga lalu terlanggar lah mereka berdua. buku berselerakkan di lantai. mereka berdua mengutip. tangan tersentuh. mereka berdua mengangkat kepala lalu pandangan mereka saling bertentangan.
cinta berputik.
aku masih tunggu saat saat tu berlaku -..-


Aku ade sorang membe ni da nak 20. tapi aku masih tak yakin.

ni gamba lama ke baru pun aku tak tahu hahahahah.
sorry razin

Dah nak 2015. kebanyakan semua orang berpendidikan
tapi masih ada orang yang cakap "2015 please be nice to me"
aku yakin 2015 itu pasti akan be nice dengan kau kalau kau tulis macam tu
tak salah lagi.


sewaktu umurku 13 tahun. aku tinggal di Kemaman dan bersekolah di SMK Chukai. waktu tu aku sangat pendek. dan gaya rambut ku amat menakutkan. rasanya aku takde gamba masa aku 13 tahun. tak suka ambik gamba time tu. phone pun tak canggih. setakat dapat main snake lawan sape dapat highscore je. Tapi ingat lagi la yang dulu aku kelas 1 Advance.

aku . tak tahu ape nak kata bhahahahaha
ni time darjah 6. belum remaja lagi
aku pindah ke JB pulak tiime 14 tahun. haaa dari kampung gi bando. PECITTTA!!??
dulu bahasa terengganu ku pekat likat melekat. sekarang? melekit.
sejak pindah JB ni sape je nak cakap ganu ngan aku. mak bapak orang selangor.
kat sini la aku tahu apa ertinya naik van sekolah.
pejaddah. hanta gi seklah awal. ambik lambat. PECITTAA!!?
kat sini start jadi rajin balik. time form1 aku bodoh sikit. duk asrama harian pulak. memang tak belaja la citenye. agama pun failed nak jadi apa siak hahaha.
pindah johor takde member kan awal2. belaja je la aku.

gambar ni paling legend.
profile picture pertama aku kat my space.
mampukah gambar ini memiliki 1000 like?
kasihani lah beliau kerana kekurangan zat dan vitamin.

dulu aku tengok gambar ni macam macho habis la. perempuan kompem cair punye lah. silap2 siap bersujud lagi depan aku.
tapi lepas 5 tahun.
GERANGAN SIAPAKAH INI ?!
BAGAIMANA TENGKORAK ITU BERGERAK?!
ITU TANGAN KE BATANG KAYU?!

tapi walau bagaimana pun. itulah aku dulu.

lama kelamaan aku dah dapat member kat sini yang datangnya dari kelas 2KRK.
belanja gamba muda sikit

15 tahun aku masih berada di JB dan bersekolah di SMKBBU.
waktu ni aku jumpa lagi ramai member sebab semua yang sebaya sesi pagi. time form 2. KRK ngan KAA je pagi.

Time ni suma nak jet2 photographer. DSLR baru nak naik time tuh.
tahun ni la yang aku dah start suka ambik gamba. guna kamera orang hahaha.






dulu rambut aku takde yang lawa. pegi kedai taktau nak mintak cane. ambik kau pendek cam haram.
tapi takpe lah. budak lagi. orang tak kesah. kot
banyak da berubah. tapi yang tak berubah. aku ni pemalu. eheww


3KRK 2010 dalam kenangan. aku tak tahulah ape yang photographer tu fikir. jelas sekali ketidak center an nya
masa berlalu dengan pantas. tengok2 dah masuk form 4
time tuh aku beria gila nak masuk MRSM sebab dua2 kakak aku masuk sana
tapi sebelum tuh masuk teknik JB dulu sebab.
baru je aku dapat member baru. dah baik dah.
pastu dapat pulak offer MRSM. peh time tu memang aku cakap kat mak aku yang aku taknak.
tapi apakan daya. aku lahir daripadanya. perlulah aku dengar segala kata katanya.

ok je aku rase muka aku. ye dak?

kehidupan di MRSM. permulaan yang bangsat sebab form5 tak puas hati dengan muka aku.
wat is dis man? Allah dah ciptakan muka aku sebegini rupa.
kalau kite tolak form 5 ke tepi. aku boleh katakn hidup aku indah kat sana.




kat sini la aku dapat nama Sem. bajet hensem katenye. semua nama datang dari megi yang jet jet budak lama la an. habis semua tah pape name die kasi.
tapi setakat ni nama paling baik yang aku pernah dengar ialah K. sebab ape K? sebab muka dia macam K. bhahahaa
K for what? fikir fikirkan lah sendiri sahabat ku sekalian

4 Sheffield 2011
kat sini lah jugak aku tibe2 bersukan dengan aktif skali.
lower form haram tak join koko.
banyak benda yang aku belajar kat sini,
aku belajar add math, bio dan lain lain.











Masuk form 5.













form 5. biar gambar yang berbicara. cehhhhhhhh

saja je sebenarnye nak throwback zaman muda muda waktu sekolah. indah bukan?
kenangan yang lepas pasti di kenang jua. tapi apakan daya.
kita hanya cuma mampu mengenang sahaja.
agak sedih kawan yang kita rapat dulu, sekarang menjadi asing
bukan ini yang ku mahukan, namun itu semua suratan takdir
jadah.

kawan datang dan pergi.
kekasih. tak datang datang.

rasa tu je kot untuk hari ni.
and lastly, Happy New Year 2015

gambar terakhir 2014


Monday, December 29, 2014

setelah sekian lama

Ni first time aku tulis post dalam tahun ni.
Rase kekok pun ade. Malulah. eheww
Banyak dah berubah sebenanya. Kerajaan je la x berubah lagi
Last update pun tahun lepas.Tu pun awal tahun. ni dah nak masuk 2015
nak cite ape jadi tahun ni pun rase macam panjang sangat.

Tapi perubahan pertama yang korang perlu tahu ialah:

aku bukan macam ni lagi. ni muka perogol bersiri
haaaa muka ni susah sikit nak describe. dari jauh cam Tom Cruise.
ikut persepsi masing2. apa2 cadangn boleh dikemukakan di sini

Tu baru sikit. banyak lagi ni

aku sekarang study kat UniKL MFI. dah nak masuk sem 4 dah pun
macam biase ah. aku kene humban kat situ sorang2 lagi.
mane2 pegi mesti sorang2.
sesuailah lah dengan cogan kata aku : #brolonely

nah aku belanje sikit gamba batch aku PF12. walaupun sedikit. kami sangat. tak rapat bhahaha
aku je la kot. yang lain tak tahu lah. tapi ngan dakdak laki aku ok. tengok muka aku. kan nmpak awkward tu
salah satu penyebab ketidak rapatan ialah:
INILAH SEBABNYA BHAHAHAHA!!

rapat ke tak rapat, ni je lah membe yang aku ade nak bawak ke sana nanti

rumate aku skang pun dah baru.
aku duk bilik 2 orang je skang. dulu 6. time tu aku rajin sikit.
dulu dak bilik semua rajin study, terikut skali la. pegi surau. cehhh
ni bilik 2 orang memang tak jadi ape ah
risau gak ni result tak sampai2 lagi rumah. yang lain semua dah dapat. rumate pun dah lepas
aku? wallahualam

haaaa yang ni la rumate aku. yang pakai spek.
die budak subang jaya, memang ada gaya. macam hari2.
hari raya
















member baru, member baru gak. member lame tak dilupakan.

tapi kebanyakkan member sume duk joho
bukan nak kate takde member kat ganu ni. tapi member2 baik selalu dtg dari sekolah menengah
aku sekolah menengah kat johor. so kawn2 sume duk johor la

so. aku. seperti cogan kata aku: #brolonely

member2 kebanyakkan semuenye dah mempunyai kekasih hati
sedangkan Tobek punyai kekasih.
ini amat menggugat diriku.

tapi apa yang lebih memeritkan lagi. burung juga punyai kekasih.



aku? hanya menunggu sang wanita datang meminang. pejaddah?

aku sekarang dah meningkat dewasa. lagi beberapa hari aku dah nak masuk 20 tahun.
pehhh. matang siot aku.
penggunaan kata kata dalam blog ni pun dah banyak berubah.
kini. aku rasa aku lebih matang, kreatif, inovatif, dinamik dan siber.

tak sangka yang dah nak 20 tahun. nampak macam dah besa kan?
tapi entah la. rase macam budak2 lagi.
kalu dulu tengok 20 tahun tu macam dah besar gile doh.
ni. ape pon tada
ni semua disebabkan oleh sistem pendidikan di Malaysia yang membuatkan perkembangan IQ kanak2 di Malaysia menjadi perlahan berbanding dengan negara2 lain.
oleh itu yang berhormat. saya mencadangkan supaya susatu sistem seperti PT3 diwujudkan.
*tibe-tibe*

lepasni aku dah tak bergelar remaja lagi. aku seorang dewasa.
tetapi ada satu kekurangan.
janggut. tak tumbuh2 lagi dari dulu. ini amat menyedihkan aku.
apa guna umur 20 tapi janggut pun takde? PECITTTA?!

ikutakn hati. semua benda nak tulis.
tapi, ikut hati, mati
tu je lah kot nak tulis hari ni. tak tahu lah bile lagi aku nak bukak mende alah ni.

doakan kejayaan ku di dunia dan akhirat,




#PRAYFORSEM





Wednesday, December 18, 2013

sinopsis 2013

assalamualaikum.

sudah sekian lama tak update blog nih. ternampak beberapa ketul taik cicak bersepah di sini.
tahun ni rasenye belum sentuh lagi blog nih.
apakan daya daya, tahun yang sibuk lah katekan.
tahun menjadi dewase.. peh peh. da dewase da gua.
dewasa lah sangat. kau pikir bes?
lebih bnyk bende yang menduga lepas da abes sekola.
kalau la tak pandai bawak diri, nescaya kalian akan dibawa arus deras gelombang pawana semerah padi.
budak2 skang sume pelik2. pilih kawan baik2 sket. aku pn buknannye baik sangat.
tapi tu ah. an. carik la yg bole bawak ke jalan yg lurus, nescaya kalian juga terikut rrikut rentak mereka.
rentak lagu ku. baek gak lagu tuh. sebenanye sam bunkface nk berduet ngan aku,
tapi aku tolak, tu yang die duet ngan amy search.


 aku dengan amy search pon lebih kurang jeh. suara pn lebih kurang jeh.
macam same je macam same je

seperti yg ku katakan tadi hidup kt luar ni lebih banyak cabarannya,
mungkin mende2 yg kite sembang lebat shet tak nak buat kite akan buat gak nanti. mana tahu.
macam aku, tak mintak nk jadi artis, jadi jugak. tu la msalah besar aku skang.

seperti yang kita dapat lihat tajuk besar post ini ialah SINOPSIS 2013.
so? so far so good.

last tweet aku pasal PLKN. BHAHAHAHAH dah berzaman aku meninggalkan bende alah tersebut.
kenangan yang paling aku lupakan. tak ingat dah. KRIK KRIK.

yang aku ingat. aku kene botak. masuk kompeni DELTA. pastu selalu kalah. BHAHAHH
program PLKN ini telah banyak membentuk anak anak muda menjadi lebih bersikap optimis dalam kehidupan seharian, lebih bertanggungjawab dan mengamalkna sikap saling hormat menghormati antara satu same lain. boo - THOR


gamba berikut telah diambil pada akhir 2012 dan awal 2013.
buruk bhai botak.
tapi Allah dah jadikan hambanya semuanya sempurna.
buruk cantik hensem kacakugly dirty kitty semuenye ciptaanNya.

kami nampak sangat bahagia kan. ade kisah disebalik dorm L3 yg ceria ni
habis je PLKN, aku sebagai calon SPM 2012 telah mengampil keputusan SPM pada bulan Mac.
dengan berbekalkan badan yg tough dan kepala botak, aku pergi ke Johor dengan menaiki bas dari Terengganu. bas tersebut ade tayar. kbai.

orang datang nak ambik result, bole kasi ceramah plak, lagi geram. da la kepale aku botak. nk suruh mk bapak dorang ni tengok kepala aku brape lame? ceh bajet dorang tengok aku. tekan skip utukn skip cerite x menarik.

 (SKIP)

kemudian ak pun pegi ambik slip.. peh peh peh. alhamdulillah Straight A.
x ambik gmba sangat sebab kepale botak. so, takde gmba.

pastu an. ape lagi hah?

rasenye aku keje kot. jap. aku gi bejalan ke melaka rasenye ngan beberapa manusia mrsm pontian rase,
saje melepaskan batuk di tangga kerana kebosanan di rumah.
pegi Melaka jalan jalan jeh like normal.
tak ramai pm. fadh, faru, nasir kel, mafia, cai ngan tom
pastu aku keje. first time keje bhai..
walaupn gaji x seberapa. ade la jugak pengalaman bekerja.

dulu rasenye post aku bnyk gamba, tapi skang tengok tulisan jeh banyak. jadi. pegi mampos. BHAHAHA

permulaan hidup baruku bermula bile dapat tawaran MARA. tetibe dlm surat tlis kene dafta kat unikl MFI.
jadah apakah unikl MFI. x pena denga. search2 internet pegi France.
peh peh France dowh. UM  pn aku dapat time tuh. tapi aku x berbelah bagi, teros amik MARA punye tanpa memikirkan sebab dan akibat. peh ayat wa menulis blog semakin mantap hari demi hari.

jadi, aku dafta la kat MFI untuk truskan hidup sebagi seorang yg bergelar pelajar universiti.
Peeehhhh ingatkan beronok ronok masuk sini. stressfully shaiii.
kami di tindas oleh manusia manusia di sini. apa salah kami. kami cuma ingin belajar.
pehhh duk sini jadi nerd dowh. belajar stiap hari stiap masa. dengan rumate gua yg kerajinan melampaui batasan akal manusia lagi lah menambah tekanan aku yg rilek rilek jeh. rumate aku rajin beb. bilik lain bukak laptop lek lek jeh. aku nak bukak laptop kat bilik terasa serba salah selagi dorang x bukak laptop.
walupun aku tertekan, aku tidak menanekan, namun menolak.

nak buat cane an. redha jelah. duniawi sumenye ni. tak lama.

geram pulak aku ngan intenet nih. nk upload gmba x boleh.
aset gua tu gmba.

mungkin ini bukan harinya. lain kali ah update lagi. KOT

dah, wa nak study. BHAHAHAH



Wednesday, January 2, 2013



bye :')

Fear Factor

Hahah.. sudah beberapa ketika aku tidak menulis post..
bukan malas.. tapi sibuk ngan shooting semue.. skang lagi lah buzy ngan program Fear Factor.
ingat senang ke nak jadi pengacara.. muke nak kene cover.. pastu mekap tebal nak mampos..



ni gamba sebelom dn selepas make up..



sebelum
selepas


memang tak banyak beze pon.. tapi saje nak mekup.. bosan.. bhahahahah
harini hari las aku shooting sebab esok aku da nk kemas2 nak ade shhoting kat cherating plak..
cite pasal plkn.. bes dowh.. ye.. serius -.-

dapat tuala free, kasot free, baju free, spende aku lupe free ke tak..
kalw bole aku nak spender playboy.. seksi sket.. bhahah
pastu tido atas sofa.. -.- ape kaitan..


asal budak plkn kene botak.. pompuan tak kene plak..
tapi smalam aku mimpi muke aku botak.. hensem gak.. mcm Van Diesel..

lebih kurang camnih la aku mimpi smalam..
takpelah skali skale botak.. dapat buang kelimumur..
kalau org tanye cakap la baru balik umrah.. bhahahh
Beberepa hari yang lalu aku ke Melaka..
kat situ ade rumah..

...
aku pegi ngan Fahru dan Nasir..
tido umah Syahmi Manan.. Gangster.. serius..
bes la jugak.. tapi x de banyak gmba la.. tu yang tak besnye..
time aku dah cerahla tak banyak gamba..

syahmi manan
ni lah gangster.. tngk sweater da tau -.-

ni aku ngan fahru.. kacak an aku.. da tau da

ni nasir.. paling kacak.. serius x tipu2.. gi mane2 mesti dapat awek.. tengok btol2.. ade org tu.. bukan life jacket jeh..
Pastuh gi JB..
saje jumpe membe lame.. tidur rumah amir haziq
ruma die ade katil.. style an.

perempuan lagi ramai dri laki.. kalw nmpak baju terbang abaikan jeh.. anggap xde pape belaku..
habes je makan kat KAPTEN steambot.. kitorang balik umah..
tak lepak kat Restoran Aliff pon..
ni amir
bhahahah.. satu kete 8 orang.. jangan pecaye kalw xnk pecaye..
2 orang seat depan, 4 orang seat belakang, 2 orang bonet
jangan bagitau mak bapak.. nnti kitoang kene marah..

29 haribulan aku da balek terengganu..

pastu aku teruskan hidup seperti biase.. 
menunggu mase nak pegi PLKN.. tak saba.. serius.. wah!

bye

SELAMAT TAHUN BARU 2013

mulekan hari anda dengan melihat muka saya.. 

banyak banyak gamba ni paling kacak







About Me