Daisypath Vacation tickers

Wednesday, December 31, 2014

20 tahun

Pehhhhhh.. dah nak 20 tahun siak
hari ni rase cam nak throwback zaman remaja dulu
dah dewasa la katekan. selalu dah dewasa ni rindu zaman muda muda dulu.
nak tau ape yang membuatkan aku nampak dewasa?

NINDIAAA BHAHAHAHA
pehhhh ni memang sambung dengan bulu dada terus ni
dengan memakai cincin je terus nampak dewasa.
serius. tak tipu.
tapi malangnya. janggut ku masih x kelihat. hari hari aku belai mengharapkan sesuatu berlaku.
namun ia tak semudah itu, mungkin aku kena pakai minyak janggut tok sheikh hahahah















Orang kata bila umur dah 20 tahun ni dah takde dah cinta cinta monyet.
bodoh la. kalau monyet tak bercinta pupus la monyet kat bumi ni.
k tak lawak.

aku tak reti cerite pasal cinta cinta ni.
yang aku tau cinta adalah apabila seorang perempuan berjalan menuruni tangga sambil memeluk buku di kawasan universiti. kemudian seorang lelaki sedang bergegas menaiki tangga lalu terlanggar lah mereka berdua. buku berselerakkan di lantai. mereka berdua mengutip. tangan tersentuh. mereka berdua mengangkat kepala lalu pandangan mereka saling bertentangan.
cinta berputik.
aku masih tunggu saat saat tu berlaku -..-


Aku ade sorang membe ni da nak 20. tapi aku masih tak yakin.

ni gamba lama ke baru pun aku tak tahu hahahahah.
sorry razin

Dah nak 2015. kebanyakan semua orang berpendidikan
tapi masih ada orang yang cakap "2015 please be nice to me"
aku yakin 2015 itu pasti akan be nice dengan kau kalau kau tulis macam tu
tak salah lagi.


sewaktu umurku 13 tahun. aku tinggal di Kemaman dan bersekolah di SMK Chukai. waktu tu aku sangat pendek. dan gaya rambut ku amat menakutkan. rasanya aku takde gamba masa aku 13 tahun. tak suka ambik gamba time tu. phone pun tak canggih. setakat dapat main snake lawan sape dapat highscore je. Tapi ingat lagi la yang dulu aku kelas 1 Advance.

aku . tak tahu ape nak kata bhahahahaha
ni time darjah 6. belum remaja lagi
aku pindah ke JB pulak tiime 14 tahun. haaa dari kampung gi bando. PECITTTA!!??
dulu bahasa terengganu ku pekat likat melekat. sekarang? melekit.
sejak pindah JB ni sape je nak cakap ganu ngan aku. mak bapak orang selangor.
kat sini la aku tahu apa ertinya naik van sekolah.
pejaddah. hanta gi seklah awal. ambik lambat. PECITTAA!!?
kat sini start jadi rajin balik. time form1 aku bodoh sikit. duk asrama harian pulak. memang tak belaja la citenye. agama pun failed nak jadi apa siak hahaha.
pindah johor takde member kan awal2. belaja je la aku.

gambar ni paling legend.
profile picture pertama aku kat my space.
mampukah gambar ini memiliki 1000 like?
kasihani lah beliau kerana kekurangan zat dan vitamin.

dulu aku tengok gambar ni macam macho habis la. perempuan kompem cair punye lah. silap2 siap bersujud lagi depan aku.
tapi lepas 5 tahun.
GERANGAN SIAPAKAH INI ?!
BAGAIMANA TENGKORAK ITU BERGERAK?!
ITU TANGAN KE BATANG KAYU?!

tapi walau bagaimana pun. itulah aku dulu.

lama kelamaan aku dah dapat member kat sini yang datangnya dari kelas 2KRK.
belanja gamba muda sikit

15 tahun aku masih berada di JB dan bersekolah di SMKBBU.
waktu ni aku jumpa lagi ramai member sebab semua yang sebaya sesi pagi. time form 2. KRK ngan KAA je pagi.

Time ni suma nak jet2 photographer. DSLR baru nak naik time tuh.
tahun ni la yang aku dah start suka ambik gamba. guna kamera orang hahaha.






dulu rambut aku takde yang lawa. pegi kedai taktau nak mintak cane. ambik kau pendek cam haram.
tapi takpe lah. budak lagi. orang tak kesah. kot
banyak da berubah. tapi yang tak berubah. aku ni pemalu. eheww


3KRK 2010 dalam kenangan. aku tak tahulah ape yang photographer tu fikir. jelas sekali ketidak center an nya
masa berlalu dengan pantas. tengok2 dah masuk form 4
time tuh aku beria gila nak masuk MRSM sebab dua2 kakak aku masuk sana
tapi sebelum tuh masuk teknik JB dulu sebab.
baru je aku dapat member baru. dah baik dah.
pastu dapat pulak offer MRSM. peh time tu memang aku cakap kat mak aku yang aku taknak.
tapi apakan daya. aku lahir daripadanya. perlulah aku dengar segala kata katanya.

ok je aku rase muka aku. ye dak?

kehidupan di MRSM. permulaan yang bangsat sebab form5 tak puas hati dengan muka aku.
wat is dis man? Allah dah ciptakan muka aku sebegini rupa.
kalau kite tolak form 5 ke tepi. aku boleh katakn hidup aku indah kat sana.




kat sini la aku dapat nama Sem. bajet hensem katenye. semua nama datang dari megi yang jet jet budak lama la an. habis semua tah pape name die kasi.
tapi setakat ni nama paling baik yang aku pernah dengar ialah K. sebab ape K? sebab muka dia macam K. bhahahaa
K for what? fikir fikirkan lah sendiri sahabat ku sekalian

4 Sheffield 2011
kat sini lah jugak aku tibe2 bersukan dengan aktif skali.
lower form haram tak join koko.
banyak benda yang aku belajar kat sini,
aku belajar add math, bio dan lain lain.











Masuk form 5.













form 5. biar gambar yang berbicara. cehhhhhhhh

saja je sebenarnye nak throwback zaman muda muda waktu sekolah. indah bukan?
kenangan yang lepas pasti di kenang jua. tapi apakan daya.
kita hanya cuma mampu mengenang sahaja.
agak sedih kawan yang kita rapat dulu, sekarang menjadi asing
bukan ini yang ku mahukan, namun itu semua suratan takdir
jadah.

kawan datang dan pergi.
kekasih. tak datang datang.

rasa tu je kot untuk hari ni.
and lastly, Happy New Year 2015

gambar terakhir 2014


About Me